Online Diary .: Perempuan, fahamilah hati seorang lelaki !

Khamis, 4 Ogos 2011

Perempuan, fahamilah hati seorang lelaki !

 Lagi-lagi apabila teman lelaki kita adalah seorang yang pendiam dan susah nak luahkan perasaan. Lelaki ni… bila dia tak cakap, tak bermakna dia tak sayang. Tak bermakna dia tak cinta. Kita tengok je apa yang dia lakukan untuk kita. Dia setia, dia tak pernah curang..bukankah itu tandanya dia betul2 cintakan kita? Farah perempuan, kadang2 masih terkhilaf dalam menilai cinta si dia. Kadang2 rasa bersalah sangat. Rasa sakit sangat bila kita tersedar yang kita dah sakitkan lelaki yang kita sayang… Ada sesetengah lelaki, nampak kasar, nampak garang..tapi dia sangat baik dan bertanggungjawab. Sebagai wanita Farah akui, kadang2 kami selalu emosi. Kami sayangkan pasangan kami tetapi kami tak sedar yang kami dah salah dalam tindakan..Sebagai manusia, susah kita nak buang asa curiga.


Bila si dia sibuk, seboleh2 nya cubalah faham. Dia sibuk dalam mengejar impiannya, kerjaya bukan untuk orang lain tapi untuk kita jugak. Untuk membina masa depan dengan kita. Cara lelaki dengan perempuan bercinta ni lain. Lelaki kalau bercinta, mereka akan fokus pada kerjaya dan impian, sebab cara mereka buktikan cinta adalah memberi kesenangan untuk wanita yang dicintainya. Lelaki mungkin tak cakap, tapi dalam hatinya, dia sangat menyayangi kita. Jangan dera perasaan kekasih kita, ya wanita..Senang je nak menguji cinta si dia, just tanyakan apa hala tuju hubungan kita. Jawapannya adalah perkahwinan! Kalau seseorang lelaki dah nyatakan yang dia nak ambil kita sebagai isteri, itu tandanya dia benar2 mencintai kita tau! Ingat senang ke seseorang lelaki nak decide keputusan berkenaan dengan perkahwinan ni.

Jangan terpedaya dengan lelaki yang bermulut manis. Seriously lelaki jenis tu tak boleh dipercayai. Dan jangan ingat lelaki yang susah nak luahkan perasaan ni sebenarnya tak sayangkan kita. Pandanglah pada cara layanannya pada kita dan usahanya untuk mencapai masa depan bersama2 kita. Dia sudi terima kita seadanya, baik buruk kita dan dia sentiasa maafkan kita bila kita buat salah walaupun salah tu salah besar. Tak cukup bukti lagi ke tu? Hargailah dia sementara dia masih ada. InsyaAllah dialah jodoh yang Allah tentukan untuk kita. Amin…

''Ladies, word of advices. If your man ignoring you and busy chasing his dream, what ever dream it is,stay with him as long as you can. It pays.""

by ----->> FARAH DIYANA (only's)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tiada ulasan:

http://i1227.photobucket.com/albums/ee434/Faqihah_Husni/bgchocolate2.jpg



 
Copyright © . All Right Reserved by FarahDiyana mr. AF