Online Diary .: 2012

Selasa, 11 Disember 2012

To : HAMBA ALLAH . iloveyou

Dear HAMBA ALLAH . hm .
     Orang rasa bersalah sangat untuk kali kedua nya orang dah buad dia marah teruk dengan orang . Orang salah , orang tak sepatutnya paksa dia datang penang , at same time orang tahu dia tengah sibuk prepare barang nak pergi poli . Untuk kali kedua jugak orang buad dia marah atas sebab yang sama . Hm , kenapa orang tak pikir kan masa tue , orang nak jugak ikot kepala orang . Orang lupa dia tengah sibuk , orang nak sangat dia datang haru tue sebab , hari tue hari bermakna bagi orang , kalau dia dapat datang bertambah bermakna hari itu dalam hidup orang . macam-macam orang nak kasi dekat dia , nak tunjuk sesuatu  kat dia , hmm , tak ada rezeki kan hari tue . 

   Oorang tahu dia betul-betul marah dengan orang kali niey , orang mintak maaf sangat-sangat , orang salah .  orang selalu nak orang jea betul sedangkan orang selalu buat salah . Hm . orang rindu dia sangat-sangat sekarang . Mungkin dia busy dekat sana atau dia still tak boleh maafkan orang . Takpe , orang akan tunggu sehingga dia mampu maafkan orang balik . Orang sentiasa akan tunggu . Orang berdoa setiap hari supaya lembutkan hati dia untuk memaafkan orang . Teruk kan orang , orang usaha untuk dapatkan cinta dia tapi orang tak jaga elok-elok . sampai buad dia marah . orang rasa sekarang orang lha manusia paling rugi . hm . tapi takpe , orang akan berusaha sebaik mungkin . sebab cinta orang dekat dia orang akan usaha sungguh2 . 

   Susah betul orang nak lafaz rasa sayang dan cinta orang dekat dia , orang takod dia tak percaya , sedangkan hanya Allah saja yang tahu macam mana rasanye bila dia dengan orang rengang . Macam-macam orang rasa , sedih tue tipu lha kalau orang xkata . perasaan itu lha setiap hari dan setiap masa orang rasa bila kita macam niey . Orang xtahu nak cakap macam mana , orang terlalu sedih sangat . entah lha . kenapa banyak sangat dugaan . orang takod sangat orang akan kehilangan dia . orang dah terlanjur sayangkan dia . dia pernah tanya kan dia siapa pada orang , dia orang dah anggap sebahagian dari hidup orang , kalau tak ada dia tak sempurna hidup orang , dia jugak orang terpenting yang selalu ada untuk menaikkan semangat orang bila orang nak lakukan sesuatu . bila orang rasa susah nak buat sesuatu orang ingat dia alhamdullilah semua nye lancar . bertapa pentingnye dia dalam hidup orang . mungkin dia tak nampak kasih sayang orang dekat dia . tapi Tuhan tahu macam mana . Hm . Biee , syg rindu bie . :"(

   Ada sorang makhluk tanya , aku niey tak bosan ka tunggu orang yang belum tentu jadi milik aku , hm . aku jawab . dulu aku tunggu dia sampai setahun or dua since dia ada relationship dengan someone , tapi aku tak pernah putus asa . aku tak ganggu relationship dia . aku tunggu start dari aku rapat dengan dia dengan komen2 di fb jea . tak pernah chatting sama sekali , sehingga tiba satu masa tue ,, hm , aku hapy gila tengok message kat fb ada nama dia .  lama2 baru aku dapat kenal hati budi dia . aku tak pernah rasa bosan untuk tunggu dia . ini baru seminggu aku tunggu , tak ada rasa macam tue sama sekali . kenapa dulu aku boley tunggu dia , kenapa sekarang tidak kan ? so , terjawab jugak soalan makhluk itu . 

    Mungkin sekarang dia tak buka blog orang tapi orang pasti lepas dia balik dari orentasi niey atau bila2 dia akan buka juga blog orang . hm . orang cuma nak dia tahu apa yang orang rasa ., isi hati orang , luahan hati orang , orang nak dia tahu , orang takod nak gi tahu trus dengan dia sedangkan kita dalam keadaan tegang . orang takod dia pikir orang gila atau seumpama dengan nye , tapi orang jujur apa yang orang tulis niey kuar dari hati orang . orang jujur cinta dan sayagkan dia . bila orang dapat kenal lebih dekat dengan dia . orang tak tak nampak orang lain , hati orang dah tak boley lekat dengan lain selain dia , susah kan jadi perempuan macam orang , terlalu sayangkan seseorang . hm . disaat niey sumpah orang perlukan dia . :"( . perlukan cinta dia . perlukan kasih sayang dia . orang asyik teringat gurau-gurau kita nak pergi naek kapal cruise sama2 nnty , nak pegi bercuti pulau sempoerna orang lha , cameron . hm , rindu betul nak borak2 semua tue . hm , orang nak tido dah . dah lewat sangat niey , orang berdoa dia tak lupa orang , orang akan selalu ingat . '' egt taw , amey akn slalu ada utk nana  '' . Orang tak lupa sampai bila2 .  Hm . orang mintak maaf sekali lagy .  . hm . iloveyou bie . :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Khamis, 29 November 2012

Seminggu saja lagi . :"(


Pejam celik pejam celik dah 4 BULAN 1 MINGGU 3 HARI dah dengan si dia . Actually lebih dari tue rasanye sebab dah kenal dengan si dia lama , tapi ber ' ehem2 ' dengan dia baru 4 bulan . Hmm . Seronok dapat kenal dengan si dia . Sebab emmmmm seronok lha , setiap hari mampu tersenyum bila terkenang kan si dia . Perangai dia , watak dia , penampilan dia . kejujuran dia , suara dia , gelak dia , batuk dia , bunyi kipas dalam bilik dya ( yang bisinggggggg ) kesungguhan dia ber SOS TOPUP . Hee . Semua pasal dia lha aku suka . satu ja yang aku marah . suke sangat buad aku rasa cemburu . Jahat kan ? Memang jahat . Nurse lha sepupu lha . argh geram tahu . Tapi orang kan kuat , orang sabar jea . Hehehe . Werk . 

Semalam OTP , orang dengar dia nyanyi lagu kupilih hatimu . nyanyi pelan2 . orang diam jea , then dengar-dengar dia nyanyi orang rasa macam nak guling2 tahu , suke lha dengar . :") . dia niey lain dari yang lain , that why orang susah nak hilangkan rasa sayang tue . Orang rasa happy setiap kali dengar suara dia , macam ada aura apa tah . HAHAHA . Em , semalam dia ada cakap lagi ' seminggu ' kan . lepas niey dia nak masuk poli dah . Takpe , dia belajar baik-baik tau . orang sentiasa akan sokong dia . orang ada dekat belakang dia tau .  orang nak tengok dia berjaya tahu , orang tak pernah henti berdoa untuk dia . dia dah jadi sebahagian dalam hidup orang . dan menjadi orang terpenting juga . 

  Bie , nanty kat poli jangan lupa solat , belajar rajin-rajin , jangan boros sangat , kurangkan ....... bie tahu kan kurangkan apa , em niey penting jangan nakal-nakal disana . ye , nakal orang tumbok yea . iLoveYou . :")

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 21 November 2012

21/ NOVEMBER / 2012



DEAR BLOG ! 

    Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn . Paham ke tidak ? Tambah-tambah hari niey hari last exam for this week . Ada lagy dua paper PRINSIP PERAKAUNAN & EKONOMI ASAS ! Tue pon cuti seminggu baru akaun then cuti lagy seminggu ekonomi pulak . Lepas tue boley pergi jalan lha . Tak ada idea lagy nak buat apa lepas niey . Keja ? entah lha . nak rest dulu start tahun depan baru nak keja kot . Macam mana kan nanty lepas habis last paper ? duduk rumah tengok tv 24 jam ! Topup henset RM10 boley simpan setahun tak habis kan . aha . tak macam dulu . dah berubah kan . yeyeye ! jangan cakap banyak . duduk diam saja ok . Cakap tak guna , nak tumbok lagy lha tak kena . pepatah baru masuk dewan bahasa tadi . sapa yang perkenalkan . tentu-tentu nya aku lha . Hee . acece senyum sorang diri lak . oh malu . :") . 

   emm , masa hari ahad ,  malam isnin baru-baru niey , tengah study untuk agama then pukol 10.30 ada cita OMBAK RINDU , memang tunggu cita tuie dari pagy ( padahal dah tengok cita tue masa 7/12/2011 yang dimana aku dapat set depan sekali pawagam no 1 dekat QB . TEMPAT YANG PALING DEPAN ! spoil betul ) tapi saja gegeh tunggu cita tue macam tak pernah tengok . So , sambil study sambil tengok tv . then dah dekat nak habis cita tue aku gi iron baju sekolah semua , siap peralatan pensil2 dan apa yang kena mengena dengan exam esoknye , then time nak ambik kasut letak tepi pintu , tiba-tiba...... kasut tinggal sebelah ja . YA ALLAH ! sabar-sabar . kasut tinggal sebelah . aku pon cari lha merata . memang tak jumpa . tak ada pilihan dah . time tue dah pukul 12.30 time cita tue dah habis . aku terpaksa guna kasut sek adik aku yang YEAR 5 . paham-paham jela saiz apa . kecik dohh . dengan kotor cukup . aku jalankan tugas . masuk kan dalam washing machine kasut tue , so dah habis aku jemur depan kipas . kalau basuh guna tangan rasanya pakai kasut macam kena air hujan hari tue . memang xdak pilihan . TERPAKSA ! saiz kecik sangat2 . kaki aku dalam keadaan terkepit . Tuhan ja tahu macam mana sakit nya .

   Esoknya gi sekolah jalan macam robot . sakit kaki gila . Habis paper 1 keluar terus aku bukak kasut pakai stoking ja . lega lha jap . habis paper 2 balik rumah terus hempuk kasut tue . hala aku geram sangat2 dengan kasut tue . rasa macam nak bakar pon ada . :") . Then mengadu kat ayah aku '' bah , adik dh tak snggup pakai kasut tue , skit kaki kot . cari lha kasut lain '' ayah aku cakap satgi adik hang yang kecik kali tue balik hang tanya dia nampak tak kasut sekolah hang . Budak kecik tue gi MELAKA dengan tok wan tengok bola . Petang tue dia balik , ayah terus tanya nampak tak kasut Kak Na hang ? Dia kata apa tahu tak ? '' eman nampak lah sebab eman yang sorok kat dalam kotak dekat atas bilik '' Huhhh .! Tahu tak kenapa dia sorokkan ?? sebab dia kata ada satu hari tue aku marah dia then dia geram ambik kasut sekolah aku sorok kan . Sakit nye hati aku dengan budak kecik niey . geram betullllllllllllll . nasib je adek kesayangan aku . lau tak aku dah buat gulai kawah budak tue . :") . HAHAHAHA . 

   So dengan hati yang hapy nya berlari dapatkan kasut REJAM aku tue yang line biru merah tue , seronok lha sangat !!  Lepas niey tak ley marah2 dia dah nanty habis semua barang aku dia sorok . kejam betul . So hari niey dapat gi sekolah pakai kasut sendiri . Yang pastinya tak sakit kaki ataupon kaki tersepit lagy . :") . 

      Buat awak yang tengah baca niey , aha ye awak . I LOVE YOU  :")



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ahad, 14 Oktober 2012

Hmm . Tak ada apa .

Dear blog .

Hye , lama kan kita tak update blog niey ? Hmm . mintak maaf lha . Busy sangat sekarang niey . Biasa lha budak nak ambik SPM katakan . Rindu sangat kita dengan blog kita niey . Baru ada masa nak update . Lagipon sebelum niey pon kita tak ada bahan nak update . Hari niey kita tak busy . Mak ayah tak ada . Pegi KL . Esok pagy baru balik . So , kita tinggal dengan adik-adik yang buas-buas . Penat sungguh . Masak , kemas rumah , Tapi hari niey kita tahan dorang tak bagi keluar main . Sebab minggu niey dorang nak exam . Hari niey ada masa nak update sebab esok kita dapat cuti . Semua tingkatan 5 jangan datang sekolah . Sekolah bagi rehat . Bukan maksud nya kuar QB , tapi study study study . Itu penting . So mak tak dak boleh online lama sikit . Hmm . apa eh nak cita kan . 


Aha , ada satu benda niey nak cita . Hari sabtu bersamaan semalam . Ya Allah . aku rasa tenang sangat . Sebab dapat release stress . Aku mintak izin nak kuar dengan mak . Mak pon tanya nak kuar dengan sapa . Aku cakap kawan , then tanya lagi . Kawan tue sapa . em tak tahu nak cakap sapa sebab nak kuar sorang-sorang . so trpaksa terus terang . '' adik , kuar sorang-sorang ja , adik pi sat ja . beli-beli terus balik '' hmm pi elok2 , jaga diri . balik awai sikit '' cun . tima kasih . Pagy tue ada kelas tambahan kat sekolah , first kelas math then pukol 10 rehat ada kelas sejarah pulak . Tapi time kelas sejarah start lambat sikit . Dekat pukol 11 baru nak start . Hmm , macam tue balik lambat lha jawabnye . pukol 12 lebih tak silap baru cikgu lepas balik . Alhamdulillah . ada peningkatan sikit aku dengan subjek tue . So time nak balik lepak kejap dekat depan sekolah . Teman kawan tunggu bas . then dekat pukol 1 baru sampai rumah . 

Rehat-rehat dulu . Nak makan macam tak lapar . Then dok pikir pukol berapa lha nak kuar , nak kuar ke tak ? sampai pukol 2.12 ptg . baru decide nak kuar . mandi , solat , siap-siap dekat pukol 3 baru keluar rumah . Naseb lha kuar-kuar terus dapat bas , Selamat tak payah tunggu . Sampai qb pukol 3.40 macam tue , Terus pegi popular cari pen kesayangan tue . dapat-dapat pegi belek-belek buku dulu . tapi dekat area novel ingat nak cari . bila pikir-pikir balik . better jangan lha baca novel dah . nak spm kan ? ok tak jadi masuk area tue . patah balik cari pensil , nak jawab soalan bulat-bulat nanty . Hmm . habis cari pegy bayar . kak tue tanya ada '' member card " entah sapa punya tah aku jumpa . bagy jela card tue . Habis terus pikir nak pegy mana plak . Aku nampak Watsons . yeah misi mencari shmpoo dengan pencuci muka plak . Jumpa . bayar charge plastic 0.20 . takpe sedekah kat watsons tue . 

Then jalan-jalan . dekat Voir ada sale . itu yang aku cari . 50% , boley lha dari tak dak sale kan . Belek-belek baju . Cantik-cantik . geram tengok . kasut pon sempoi-sempoi jugak . then gi area seluar . dapat jugak sehelai . tengok-tengok harga macam nak letak balik . then pikir eh ada sale kan . so amik balek . gi bayar dorang bagy plastic jea . plastic bag kena charge lagy . eh , bagy je lha terus 20 sen pon nak berkira . ish . setiap kali beli apa2 nak kena tanya . '' plastic bag ada '' '' ada , kena 20 sen '' . Okeh settle . jalan-jalan tengok aksesori perempuan . dapat apa yang dicari . so nak balek . Kuar-kuar terus dapat bas . Ya Allah rasa macam nak keluar sorang sorang lagy lepas niey . tak pening pala langsung dan tak saket hati tunggu bas . Naek bas berhenti dekat bayan lepas sebab nak singgah jap kat mak kat pasar malam . Sampai-sampai teman mak jap . then tetiba sebelah tempat mak meniaga ada orang muka macam dye . Hmm , terkejut . rasa rindu sangat kat dye . hmm . kuat nana , kuat nana . air mata nak pecah dah , tapi still tahan . ramai orang . kan orang pikir ape lak . tak boleh tahan dok lama2 dekat situ . aku cakap nak balek . Em . redha semua niey ada hikmah . Hmmmm . 


Balek sampai umah dalam pukul 8 malam . Em . still teringat kan muka orang tadi tue , kenapa aku perlu nampak ? aku tak nak . tak sanggup teringat lagy . emm . 

          '' kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi , bukan sebab kita tak sayang , tapi kerana
              kita sedar yang dye akan lebih bahagia dengan yang lain '' 

Ape-ape pon . kita hapy kalau dye hapy . itu pon dah cukup . :") . hm . kita ada tempah mug , dah siap pon . tapi tak sempat nak bagy . kalau ada rezeki nanty kita akan bagy dekat awak jugak . InsyaAllah . 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ahad, 16 September 2012

Cubaan pertama . yeah aku lepas .



Serius hari niey rasa macam-macam rasa , saket hati , risau , pening , spm , trial , keja umah , fon rosak , dea , macam-macam lha . sampai tak terkira . naseb lha esok cuti sempena HARI MALAYSIA . time kaseh lha kerajaan sebab kasi cuti , dapat den tenangkan fikiran yang agak kusut sedikit . ok lha tue kan start hari jumaat sampai isnin cuti . cukup sangat-sangat . * bersyukur owwww . 

Okeh sekarang aku nak tanya , penah tak korang hadapi benda niey . '' contohnye seseorang yang istimewa cuba mengtest kita dengan cara , guna no lain cuba nak ngorat kita . '' paham ? kalau paham bagus lha , tak paham . cuba lah paham2 sendiri . Okeh hari niey aku dah terkena . tapi startnye bukan ary niey , masa hari raya ary tue . dah lha no mana2 mai . serius memang tak syak langsung tue orang yang kita sayang . 

mase raya , masuk mcg . slamat hari raya . :) .okeh aku balas balik slmt hari rya , then aku tnya sapa ? dye balas SUPERMAN :) . ah sudah , aku dah nak tension dah , aku balas Entah .haha . dye balas :) . aku cakap jea , apa2 lha asalkan kau hapy . then dye reply lagy . As i said . Im superman :) . peningggg . tak kesah lha sapa ., then aku ignore je lha ,, tiba2 tadi aku OFF fon . ada masalah sikit . ON balik ada missed call no tue 3 kali . aku tak save no tue , aku ingat kawan2 aku . buad lha miss call balik . then dye mcg bt apa tue diyana ? Rndu awk tahu . persoalan nye ? mana dia tahu nama aku . geram ow . orang macam niey . sebab aku jenis selagy aku tak tahu tue sapa , aku rasa macam nak gi tumbok jea . 

Lama2 tue . aku dah mula syak . then aku cuba ugut dye . kalau dye tak gi tahu sapa sebenarnye dye . aku nak post no dya kat facebook . HAHA . dye balas ape tah . then . last aku tnya , baru balas . then gi tahu sapa dye . HAHAHAHAHAHAHA . AKHIRNYA MENGAKU JUGAK EH .  maksud nye cubaan pertama dye nak test aku , aku dapat lalui cabaran tue . yeah . aku menang ! Hee :) 

apa yang aku cuba nak sampaikan niey adalah , bila kita dah sayangkan seseorang , dan seseorang tue pon punya perasaan yang sama dengan kita . tolonglha hargai . paling penting dalam hubungan ialah JUJUR / SETIA . Penting dua tue , kalau tak ada dua tue , susah nak hidup bahagia sampai bila2 . percayalah . kita kena pupuk dari awal . lau tak hancur . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 7 September 2012

TRIAL !



trial SPM ! 

Trial , trial , trial , 
tinggal lagy 5 paper .
1. add math
2.science
3.prinsip perakaunan
4.math 
5. ekonomi asas .
Argh , tak larat sebenarnya . tambah2 no 3 tue .
Pening pala nak pikir .
kalau no 1 tue , xley buad apa lha .
dah terlalu '' expert '' lha sgt !
Yang lain2 semua okie lagy . boleh dok kayuh ,

Tadi paper SEJARAH !
Hairan bin ajaib .
Apa yang aku study , beberapa soalan ja masuk .
Baca tamadun india , keluaq tamadun china .
oh god , tension time tue .
tapi sabar ja lha .
susah nak cakap sejarah ney dok nampak macam
..................................
no komen .

isnin , ADD MATH ! .
Dok nampak nak tidoq pon ada dah . HAHA .
tapi orang syorkan .
yang mana boley buad , buad lha . 
jangan tinggal .
insyaAllah lha , tak janji kertas add math niey .

sok niey dok pening nak p sch ka dak .?
dok ajak 2 org minah tue ,
sorang2 MALAS ! .haha . 
Kena kat hampa .:) 
JOM LHA . bosan dok rumah . 
pi sekolah boley gak buad apa2 .

status : dok tunggu ayh aku beli kredit xblik2 agy , tak jumpa jalan balik lha tue . HAHA .




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 31 Ogos 2012

Dulu Lain Sekarang Lain.



Em , dulu lain sekarang lain , dulu dengan orang lain sekarang dengan orang lain , dulu rasa seronok kenal hang sekarang lagy seronok dapat kenal dye . Hang dengan dya banyak beza . Alhamdullilah , tak lama aku merana sebab hang , bersyukur sangat dapat kenal dye . Dulu kita stop sebab hang nak aku fokus SPM , ok aku terima . walaupun susah . mungkin hang xnak spm aku rosak kan . takpe . then bila dah lama kita stop , aku tengok hang dah ada peganti , aku siasat sapa ? tinggal mana ? umur , semua aku cari . bila aku dapat tahu umur sama ngan aku . aku rasa saket sangat . tapi aku cuba sabar sebab hang kata xdak jodoh kita . ayat tue aku xkn lupa . cuma apa yang saket tue sebab hang dengan orang sama form ngan aku . takpe2 . itu dh jodoh hang ng dea kan . Hanya Allah jea yang tahu macam mana perasaan aku mase tue . 

Dulu aku gerak hang pkol 4 sebab hari hang ada paper spm . then masa tue aku teringin nak hang kejutkan aku balik tahun niey , tapi angan2 tak kesampaian , ok . takpe . bialah . Then hang penah janji walaupun kita dh stop nnty tapi hang still akn datang jumpa aku kt penang. em . aku ingat weyh . tak penah lupa .em Tuhan dah tentukan hang bukan dengan aku kn . mungkin hang dengan dea . aku doa yg terbaek je . 

Sekarang aku syukur sangat dengan ada nye dye , muhammad amir farhan b huzaimi . walaupun kita orang baru jea tapi alhamdullilah berkat aku sabar , akhirnya dye dengan aku bersama jugak . since tahun lepas aku suka dya . Syukur sangat2 . :") . apa yang aku harap , hubungan kami berkekal lama . Amin . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri .


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali aku selama niey . Hari niey dah masuk hari raya ke-2 . Kejap jea kan masa berlalu , baru ja dekat sebulan kita berpuasa then tiba-tiba dah raya . Rasa macam baru beberapa hari ja puasa , padahal dah sebulan . Memang puasa tahun niey ramai orang cakap macam sekejap ja . Rasanya puasa & raya tahun niey banyak bermakna jugak lha , Tahun niey saja macam-macam terjadi . Ada yang kawan-kawan aku xcident , meninggal , sakit , macam-macam lha . Yang xcident tue dye xpenah serik rasanya , hairan gak nyawa dye niey liat sungguh , banyak kali xcident dok ok2 jugak . HAHA . Em yang meninggal disebabkan xcident jugak , mungkin hidup dya takat itu ja . Allah dah tentukan semua nya . Kita tak boley nak persoalkan kenapa . Yang sakit-sakit tue aku doakan semoga cepat sembuh tau . 

Raya tahun niey mak aku pegy beli kain dan upah orang buat , so tak terlintas langsung dok pikir tahun niey baju raya warna apa , mak aku yang pilih , baju bercorak dan kain kosong . first-first tengok tue , aduhai rasa macam tak berkenan di hati , tapi tak kan nak cakap lak , susah-susah pegy cari aku ckap cm tue kecik hati lak . so terima lha seadanya . So pegy lha hantar buad baju , first nak buad baju kurung biasa then dah banyak lak baju kurung biasa , so buad baju kurung pahang . Kejap jugak lha m.cik tue buad . Raya tahun niey pelik sikit , baju kurung xbnyak baju jalan2 lak lebih . HAHA , rezeki selalu baju kurung je lebih . baju raya kita orang tahun niey tema sama . suke gila .  ♥ 

Ok nak cita niey benda yang SPOIL di pagy raya telah terjadi pada aku ialah , pagy raya dah lha bangun lewat , mau tak lewat dekat kol 4 pagy baru tido . so paham2 je lha . selalu jadi burung hantu xdak lha smpai kol 4 habis kuat kol 2 . ok sambong pagy tue baru nak iron baju , argh . xperasan lak volume yang orang sebelum aku guna tu volume paling kuat . So xtest dulu kat kain lapik terus g iron kain tiba2 ....... TERBAKAR LALU TELAH MENJADI LUBANG !! nasib lha kena tue sikit jea then kain kat atas lau kat bawah mau nages kot . pagy2 dah jadi cam tue . then satu lagy masa nak tukar soket tue , lepas iron tarik nak ganti ngan plug yg ada soket bnyk2 tue , xpasan jugak lha soket tue wiyer dah nak tercabut , so dah pasang bila nak on tetiba MELETUP kuar api sikt . Argh . mau tak gila pagy tue . geram , na mengamuk semua ada .
Sabarrrrrr je lha yang mampu .

So hari niey dah hari raya kedua , plan nye nak pegy kubur arwah tok ,arwah  nenek ngan arwah irwan ( kawan ) . insyaAllah . lepas tue rasanye pegy jalan2 rumah saudara mara kot . kita orang yang stay penang semua nya dekat2 jea . ramai2 tapi xtersmpat lha hari first tue nak pegy , so last kali . aku nak mintak maaf kalau ada buad salah pada sapa2 exspecially budak2 kelas 5 JAYA 2012  yang selalu kena tarik rambut , kena tumbok tue . , kawan-kawan di blogger , kawan2 di facebook , tagged , twitter dan semua nye lha . mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . semoga raya tahun niey bermakna buad kita semua .

To awak yang GEGEH tue , terima kasih banyak-banyak sebab dah buad saye rasa happy tahun niey , tengs sebab ikot tema saya warna hitam , saya hargai sangat2 . hope kita dapat kekal lama . Amin :")


 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 15 Ogos 2012

Ramadhan Nak Berakhir .



Salam . hyeee . nampak tak happy ? HAHA . lek-lek tak mau hapy sangat , xpasal nak raya sedey lak kan . oke2 , Sebenarnya banyak niey benda nak share kat blog . cerita-cerita bulan ramadhan niey . macam2 benda yang berlaku . salah satu nya selalu pitam di siang hari . haha . kesian . nak naek tangga ja nak jatuh , nampak sangat aku berpuasa . Hehe . tapi hari-hari cam niey susah gak ow . kang xpasal2 silap haribulan jatuh tangga , raya lha kat hospital . mana best . tapi senang ja nak mengatasi masalah tue , mak aku cakap kerap2 lha cuci muka . bagy fresh ckit . ok adek sentiasa ikot . HAHA . buad baek lha nak raya niey baru dapat banyak ckit duit raya . eh layak lagy ka nak dpt ? of coz lha . aku tak keja lagy , lau dah keja lain lha . YAHAHAH . duit raya tunggu aku di pagy raya eh . 

Kedua . tak tepati janji . kesian MIERA dari awal puasa janji ngan dya last2 hari yang nak g tue aku kuar ngan family . Ya Alllah rasa bersalah telah menyelubungi diriku . Sory sangat2 eh kawan . kang hari lain kita set lain . jangan cakap aku macam kawan baek hang tue lak si e** . ok jahat . xnak kutuk orang bulan puasa . 

Ketiga . hahahahah . rasa nya aku dah dapat detect sapa yang penah tanya aku sapa tue MR.AF . dulu dya penah tnya kat SHOUTBOX so aku xtahu sapa dya , then akhirnya dah tahu gak . HAHA . tapi orang yang aku detect niey adalah orang yang bernama MR.AF tue jugak . eleh dah tahu dah lha p.cik awak tue yang tnya . werkk . ! :")

Keempat . tak tepuk sebelah tangan . haha . alhamdullilah .  xtepuk sebelah tangan sebab ada orang tolong tepukkan sebelah lagy . itu pun nak dapat seseorang yg nak tolong tepuk pon makan masa yang lama dan juga berkat kesabaran selama beberapa tahun . yeke ? ye kot .  akhirnye bila dah bersabar , tuhan bagy jugak kita hadiah dari kesabaran  tue . perkataan yag selalu kuar bila teringat saat manis tue sentiasa ucap (الحمد لله) . syukur pada ALLAH . :) 


Kelima , rindu arwah :"( kadang-kadang bila dok saja-saja bukak fon tengok gambar arwah yang terakhir aku ambik . asa sayu sangat hati niey , baru aku dapat rasa bila kehilangan kawan yang macam dia . aku rindu nak gaduh ngan dya macam dulu2 . nak usik dya , perli dya . hurm . kejap jea masa berlalu dah dekat 2 bulan arwah pergy . bila dalam kelas kadang2 aku suka tgk tempat arwah , rasa macam arwah still ngan kami . tapi hanya mimpi jea . apa yang mampu kami satu kelas lakukan hanya sedekah kan AL-FATIHAH setiap hari kepada arwah , semoga Allah tempatkan arwah di tempat2 orang yang beriman . :"( . u are the best my friend .. 

Em , apa pon yang berlaku ada hikmah di sebalik semua tue . good luck for SPM diyana :")  and for my ' LURVE . please jgn merajuk2 . ' i love you . *AF :")


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 27 Julai 2012

Salam Ramadhan :")


Salam Ramadhan semua , hari ini cukup seminggu umat islam berpuasa pada tahun ini , sabar hanya tinggal beberapa minggu saja lagy , nak raya . Macam mana dengan persiapan raya ? Dah siap semua ? Aku tak siap apa lagy , Dok relax saja sekarang , dok prepare nak trial SPM dulu . memey tak syiok arh dapat trial selepas raya . aku takod aku raya terus tak ingat lak nak trial . Hee :) . Sekarang pon , tak berapa nak cukup sangat ilmu pengetahuan yang ada . Perlukan lebih-lebih dan lebih lagy . harap sangat-sangat trial niey peratus naek . xmau dah macam dulu-dulu . Memalukan ! 

Ok nak share sikit cita niey , pasal persiapan raya . aku tengah geram niey kat SEPUPU   " tersayang " aku sorang niey . sembang Ya Allah macam nak jatuh langit . Geram betul . Cakap nak support aku raya niey ,nak belanja aku lha apa lha . Bila nye dye nak balik pon tak tau . Macam-macam cita dok bagy , ada keja lagy lha . Alahhhh balik lha . Aku dok xsabaq niey nak perabis duit hang , tue lha lain kali jangan janji dengan aku . aku nak tuntut jugak . Tak ley blah betoi dya cakap apa kat aku .

Abg Pon : hang tunggu aku balik penang aku blnja .
aku : hang sembang pong-pang
Abg Pon :Hang sabaq lha sat . HAHA .
aku : oke tapi aku xmau beli kat bj , aku nak beli kat QB .
Abg Pon : HAHA , aku xbawak hang p qb , bwak p kl terus lha .
aku : niey aku geram ng hang , sembang macam kelingg ,
Abg Pon : hala tunggu nnty dekt raya lha aku blik . 
aku : huh . takpa aku tuntut gak . jgn lupa bwak balik satay kajang :) .

Okehh , yew aku tunggu :") . Heee . So tahun aku pakai tema warna HITAM , harap-harap sama lha ngan korang semua . dan org tue juga . HAHA . gegeh katanya . Ok . 

# AKU HAPPY SEBAB TAK DAPAT  PLKN !  

    GEMBIRA SEKARANG :")

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 20 Julai 2012

Macam-macam aku niey :")




Masalah aku yang satu niey , agak pening jugak lha . MALU TAPI MAHU ! susah bila jadi macam gini . Nak tapi malu . Haha . sampai bila2 pon orang cakap xkan dapat . Ape maksud nye ? Haha . malu nak g tahu . tapi nak g tahu jugak , cuma tak beri makna sepenuhnya lha . Maksud dye macam niey , ade lha sorang hamba Allah niey , dia dah lama 'suke' dekat hamba Allah yang sorang lagy niey . Mula dari dye ade fb sampai sekarang . Start dari hamba Allah yang disukainye itu masih ada '' RELATIONSHIP'' with someone FM . macam jahat kan sukekan hak orang ? Kan3 . Jahat betul hamba Allah tue . 

Sekarang , kadang2 hamba Allah tue dye selalu rasa macam hamba Allah yang disukai nye itu paham perasaan dye . Tapi dye tak pasti jugak . sebab dye takod dengan perasaan dye sendiri . Dye selalu berdoa satu hari nanty mereka akan diketemukan . doa itu tak pernah lekang dari sujudnya . Kenapa dye suke hamba Allah yang sorang tue ? sebab dye suke perwatakan hamba ALLAH itu . bagy dye hamba Allah itu baik , pandai , hormat perempuan . ''itulah sifat yang paling aku suke '' . dye berdoa agar Allah bukakan pintu hati orang yang disukai nya itu agar dapat menjadi sebahagian dari hidupnye . 

Dan sekarang , kita hanya boleh berdoa . sebab doa itulah yang akan membantu kita untuk mencapai sesuatu . usaha ? malu kan nak usaha keadaan yang macam situasi atas niey . macam Perigi Cari Timba . Tapi dalam islam tak ada istilah perigi cari timba . Ehhhhh , jap tolong doakan aku boleh jawab semua paper dalam trial SPM nanty yew :) Terima Kasih .

Akhir sekali , aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN TAK LUPA JUGAK KEPADA AWAK *AF .:")

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 6 Julai 2012

Pemain bola ATM ♥ .


Hari Isnin hari tue rasanya macam hari yang terINDAH sekali . HAHA . sebab apa ? sepupu ' kesayangan '
aku Abg Pon bawak gak aku g tengok bola kat USM . Sapa lawan ? hurm ATM vs USM . Ya ALLAH macam tak percaya ja pemain ATM tue orang yang aku minat dari kecik . sape ? ade lha japg kita cita eh . Mungkin dya nak bawak pon sebab aku cabar dye satu , cabar ape ? dye sembang ngan pemain yang aku minat tue . HAHA . satu lagy sebab mungkin dya nak tunaikan hajat aku jumpa dengan pemain bola tue . Hee :) . seronok niey . nak cita pon susah . 

Kira kitaorg dah sampai kat USM pon ATM dah bagy sebijik , argh good lha . Time sampai sempat lagy kawan dye turun mai bagy tiket plak . Save argh duit dya . Kurengg betoi . then memey ramai gak arh kat Grandstand tue . nak cari tempat duduk pon payah . mula2 dok kat atas sekali . tapi tiang besar tue halang . kami g dekat area kiri lak . turun tangga naek tngga . dapat gak tempat . Tah tiba2 tepi tangga tue ada tempat persalinan pemain bola aku nampak dah pemain tue . then sepupu aku tue g masuk dalam pagar tempat tue . habis xkan aku dok sorang jea . aku pon join masuk gak . Bertapa tak percaya nye aku dengan pemain bola tue hanya tiga empat langkah jea jauhnya . HAHAHAHAHAH . happy sat . then duduk depan bilik persalinan . dalam 10 minit cm tue game habis . abg pon dok sembang ng pemain tue , biasa lha 'kawan bola dye dulu'' muntah aku dgr . tapi kenyataan nye betul . huhh . dye cakap kat pemain tu ''p.cikkk mai sat , depa nak tngkp  gmbr ng hang jap '' dye pon datang dok sebelah kat bngku . malu dohhh . :")

Akhirnye dah bertahun aku dok berangan nak jumpa pemain bola ATM & MALAYSIA tue . akhirnye dapat jugak . Alhamdulillah . sape dorang tue .? ok nak cakap niey dorng niey kembar ADIK & ABANG . comfom2 dah tahu kan . AIDIL ZAFUAN & ZAQUAN ADHA . ade cikt gambar snap ng dorang . owh tak lupa jugak aku bersama dengan dua org adek laki aku yg agak sakit hati jaga dorang . HAHA .


 *xberapa jelas cikt . sory . 


* kalau ade game lagy area penang ajak aku lagy tau yew sepupu :") * thank you . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 30 Jun 2012

Tak tahu nak letak title apa !


Hari niiey tah lha rasa lain sangat , lepas-lepas tengok cite MAHARKU UNTUKMU rasa macam2 . nak nages pon ada . cite tue bagy aku menarikk sebab jalan cite dye memang menyentuh jiwa . Kadang2 aku terpikir ade lagy ke LELAKI macam ADI PUTERA(putera) dalam cite tue . entah lha , rasanye macam xda . 

Aku happy bila tengok dorang dengan pasangan dorang , especially kawan2 aku , dan xlupa org yg pernah aku kenal dulu . mungkin skrg dorang da lupa aku kot agaknye kan . so k . aku oke jea . bila kita tengok dorang , tipu  lha kalau cakap kita xde perasaan JELES  , semestinya mesti ada tambah2 perempuan . aku ? ade jugak aku jeles . tapi kene lha ngan gayanye nak jeles . Jeles sebab ape ? hurm mybe aku rasa  kadang2 sbb aku tgk dorang ade org nak ambil tahu sal dorng , then bila aku , aku xde sapa nak care tentang aku . dulu lain sekrg lain . skrg dah xde sapa nak tegur aku , nak naikkan semngat aku belajar untuk SPM niey . 

Sekarang kalau dapat kawan  yang dapat bantu kita dalam SPM kan best . ade gak rase macam dihargai , hee :) . ade keee ? xkot kan . kita nak spm kita kene usaha sendiri lha . mugkin dgn adenye 'orang itu ' kita lagy semangat . 'orang itu ' xmungkin aku dapat .  sebab aku dapat rasa yang 'orang itu ' mungkin xpenah nak kenal ngan aku . hurm aku mampu berdoa saja . lain2 semua aku serah pada Allah S.W.T . ada rezeki aku kenal ngan dye ade lha , kalau xde aku redha . 

*AF :) 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 23 Jun 2012

Nak owl necklace please !


Hari sabtu minggu lepas g KL , Then ade lha shopping barang sikit2 ,Antara satu sebab aku nak g pon sebab nak cari OWL NACKLACE ,banyak2 . tapi xmampu beli bnyk2 lha . just beli untuk diri sendiri dan untuk di jual , boley tahan gak harga dye . Tapi aku xmampu beli yang cantik2 sebab semua yang cantik2 stok dah habis . rasa nak nages gak kot . Hurm , Penang niey jarang kuar g QB , lagypon xtahu kalau kat QB kat kedai mana ? yang tahu pon dorang cakap kat FOREVER 21 , itu pon bila tahun aku nakg , aku nak sangat cari yang jenis cam niey 

*Kalau boley nak cari sebijik cam niey , sape ade jual ? g thu okie .



Aku haya mampu ada yang niey jea , itu pon yg belah kiri jea , aduhh sedey ow xdapat .


*ini jea mampu .

Kalau boley nanty sape2 yang ada nak jual RANTAI OWL yg macam2 jenis nnty tanye2 lha aku same tau . aku nak sangat . nak buad koleksi peribadi . Hee :) Harga bagy lha yang berpatutan eh . :) , haha xsabar niey .

NAK BUAD KOLEKSI JADI MACAM NIEY 



* BANTU LHA SAYA CARI YE . (farahdiyanazmin.blogspot.com)





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 6 Jun 2012

Out and Out !.


Hyee , cuti sekolah ? ape nak cita eh ? xada benda yang menarik sangat terjadi . tapi still nak update gak blog niey . sebab rindu tahap gaban lha kat MR .BLOG sorang niey . baru jea minggu lepas update tapi xpuas kalau sehari xbuka blog . ase macam xcukup benda kita buad hari2 . Haha . macam tue kasih sayang yang aku limpahkan pada MR.BLOG . Xpenah lupa , selalu ingat kan dye sebab blog niey banyak memori *farahdiyana cakap . memori ape ? haha macam2 lha . start dari hidup sampai nak mati pon semua cita ade dalam blog . Hee . aku niey suka sangat cakap pasal mati *bongok punya org .

Nak cita pasal hangout ary niey . mula2 aku rancang nak kuar sorang jea , then pikir-pikir balik mesty rasa bosan plak nanty . so cuba tnya NAZATUL dye cakap on ja *duit tgh bnyk ktanye . ok lha dah ada geng kan . then xkan dua orang jea kan . so tnya ZATY lak . dye pon cakap on ja . haha . dah 3 da . ok lha tue .pikir nak kuar ary apa lak . aku kalau boley nak kuar ary khamis sebab nak tengok wyng cita BOHSIA 2 tapi sebab ade masalah teknikal cikit xley kuar ary khamis . so set ary rabu bersamaan dengan hari ini . eh lupa ada sorang lgy yg ikot si kecil molek sorng niey KAK CHIK dya pon nak ikot gak . haha . beranie mak dya lepas budak2 kuaq p hangout noh  hee :) So ktorng g Bukit Jambul ja . selalu sangat g Qb . lgy pon benda yg mustahak sangat aku nak g bj tue sbb nak repair ng nak cuci RANTAI , qb aku xthu kat mna tmpt nak buad bnda tue . so bila dah smpai benda tue lha yg penting nak buad dulu . fuhh lega . akhirnya ok balik rantai tue . Alhamdulillah :)

Yang xbest nye ary niey , xley tengok cita PIRANHA 3DD SEBAB XCUKUP UMUR ! argh tension gila kot . kalau aku g sorang2 mungkin boley masuk tapi lau ramai2 xkot kan ? tipu lha lau dorng xcaye aku atas 18 . haha . takpe2 xde rezeki nak tengok cita tue ary niey . kita tunda eh . tunggu sampai sape2 yg murah hati nak bawak aku g tengok . 2 cita da nak kena tunda niey , mintak2 lha ada kan . Amin . malan niey ade cita BOHSIA 2 dah kat pnggung , nak g tengokkkkkkkk . tadi g tengok cita MAN SEWEL ja . nasib cita tue best gak . lau tak . haha . aku bakar pnggung tue . Heeeeeee . 

Ya Allah tadi jalan2 ternampak loket SUPERMAN COUPLE SET , cantik kot . tapi malangnye harga dye agak tidak memuaskan , dan masa tue duit saye jug agak tidak memberangsangkan . haha . tp syg kalau beli sebab couple set . aku bukan ade pakwe2 pon . hishhhh . nak beli ke tak niey ? urmm . tunggu lha smpai ade pakwe nnty kita beli eh loket superman yew :) . hee :) *gatal 

*HARAPAN : harap2 dapat tengok cita PIRANHA 3DD & BOHSIA 2 lepas niey .:")

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 14 April 2012

You .


Hati niey dah mula sukakan seseorang , selepas ditinggalkan seseorang . OMG ayat aku tak berapa boley blah . kan3 ? Okee . tak kesah . Hee . Aku da mula suka dengan dya , tapi aku belum pernah sembang , face to face atau seangkatan dengan nye . Susah kan ? Just kenal dekat FACEBOOK saja . Hish . hati-hati kenapa lha nak kene ada perasaan macam niey ? aku yang susah tahu . Nak kene suke kan someone tue , walaupun dalam diam-diam . Hee . aku suke dye dalam diam . dulu pernah jugak terniat nak tengok dya depan2 . akhirnye da 2 kali da dapat tengok . first dekat ...... situ then second dekat .... sana . HAHA . mane ley g tahu . kang terbongkar habis rahsia aku sorang2 niey . Tapi tak pernah bertegur lha . hanye tengok dya dalam diam . HAHA . Curi-curi ushar / First time jadi pengushar dalam diam . 

Tapi aku memey tak terpikir langung akan rapat dengan dya , sebab dye orang HOT . aku tahu tak akan sesekali kot boley rapat . aku sedar lha . Hee . ye saye tahu saye siapa . bukan calang2 orang boley rapat dengan dye . buad ayat sedey ? eh tak lha . saye buad ayat terok je . HAHA .  tentang dya yang aku suka , BAEK , ALIM KOT . HORMAT ORANG . , TAK CAKAP MERAPU2 . ini dari segi pandangan aku dari status2 dye yang aku selalu baca . sory lha kadang2 aku stalk wall kau bila teringat kan kau . HAHAHA .

# tak macam aku yang update kan ? HAHA . tetapi percayalah . aku yang update . :) Byee .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 7 April 2012

Bukit Jambul Hiking Trail


Hyeep , ary niey aku nak cite sikit ape yang terjadi pada hari sabtu kali ini pulak , fuhh macam tak caye je , tiap ary sabtu asyik kuar je , niey semua tusyen punye pasal lha . bajet xde . haha . tapi bagus gak . ley spend time masa ngan kawan-kawan aku yang tak berapa nak betul . yup . memey pon . macam2 lha diorang niey . 

Tadi pukol 8 pagi siap-siap then kuar g depan sekolah , tunggu kawan-kawan aku yang maybe sembang macam 
keling  . haha , agaknye lha . tapi ary niey boley tahan lha jugak . awal lagy dari hari sabtu minggu lepas . ok lau tak memey makan nasi guna garpu lha . HAHA . ary niey yang kuar tak ramai . beberapa org je . aku , siti , nazatul , nadia , niena , ainiey , moga , 5sal and iwan . sikit kan . takpe yang lain tue busy agaknye . dengan menaiki tumpang orang kami pon sampai disana .BUKIT JAMBUL HIKING TRAIL  HAHA . ingatkan hiking2 macam belakang umah aku je .. tengok2 macam nak g berperang dalam hutan je . Fuhh banyak betul dugaan . mase nak naek tue , da penat , macam niey lha bila org gemuk g hiking , tak naek lagy da penat , ye lha nak kene panjat bukit , xlarat . hehe . jauh jugak lha nak sampai ke puncak tue . mase dlam perjalanan . ade sorng org tue kene kayu pokok then terpengsan alolo . sianye . hehe . time pengsan tue bole pulak kan senyum2 . ish3 budak niena niey . buad lawak je . pas tue teruskan perjalanan selepas bagy niena rest smbil minum air , org suruh basuh muka tak nak , dye cakap nanty naek panau . HAHA . org nak bgy dye sejuk ckit . then jalan lagy , sorang lagy pulak terjatuh . hehe . sape ? haha . ymtt la . nnty kene marah pulok . tersalah langkah lha tue , bab tue terjatuh , tp nasib tak de ape2 . alhamdullilah .

then sampai lha kat puncak nye , terserempak ngan teacher parimala , senyum je kat dye , hehe . kire dye lagy kuat pada kita kan , boley panjat jugak . hish2 , musykil . pas tue ternampak lha seorang budak tue . nak tegur malu . so nampk2 diam je . hehe . *gedik . ramai gak kat atas tue , best gile . memey adventure lha . tapi lau lagy ramai ikot mesty lagy best kan . pas tue rehat jap kat atas sambil exercise . nak kuruskan badan katakn . then kita org mulakan perjalanan turun balik , lagy best kot . ase macam nak menari shuffle pulok time nak turun tangga , haha . tapi bahaya gak lha . sebab dye ade macam besi than kayu tue . lau jatuh memey tergolek2 macam nangka busukkk, semua selamat turun . tapi ade gak yang nak terjadi nangka busuk , antaranye aku lha . haha . nasib2 . da smpai bawah . rehat jap . then teruskan perjalanan g makan . mcam mne nak kurus . trun2 trus g makan , nak wat cm ne lapar kot , mane lagy aku .mesty PELITA NASI KANDAR hehe , tempat wajib aku g . sampai2 trus order . tunggu lagy . so last station kmi g ronda qb ja . ada apa kan qb time tue , bru pukol  11 mcm tue , :)
niey ade gmbr ckit yang nak di upload . 
* perasan tak blkang tue sape ?

*  tersnap skli pic yg di belakang tue , kenal ke ? opss .

 * pmpuan2 yg tak brapa nak betul .

* itu je yang aku mampu . 

# janhan tnya knpe aku update cita niey , bila bosan niey lha jadi nye . biar update dari blog ini berhabuk ken ? ok byeee .. hehe . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 31 Mac 2012

C U B A A N !



Ary niey gila banyak cubaan yang datang , dari pagy sampai ke petang tue . xhabis-habis ngan cubaan , tapi ape-ape pon memey best ar , tak terkata lha , walaupun sedey gak xde kumbang dalam hati , tapii , takpe aku terima ja . Tadi pagy kuar umah awal kot , dalam pukol 8 a.m g tunggu kawan-kawan aku semua , pegy2 haremm betul sorang ja yang ada , HAHA , lek-lek ceq xmarah kat ampa pon . geram sikit ja . :) . dah lha nak col xley dengan sim aku hilang bagai , fon je ade . pening ow , Then tunggu je lha dorang , kwan aku sorang lak datang , dah ade moto ape lagy , g rumah sorang-sorang buad riuh . haha . xdak lha . g pnggil dorang ja . g umah kacang , xde moto lak , so dya xg . then g cri jan , punya bagos dok kat kedai makan , melantak . HAHA . Yg lagy dua orang bru bgun , sempoi lha . HAHA . macam nak makan peluku ja 3 org jantan niey . ok da settel da , time tunggu dorang kat area sek . ABANG POLIS HEMSEM lak datang , menyoal siasat . jangan risau bang kmi semua WARGANEGARA MALAYSIA ,  aku tengok dorang datang , aku da risau da . then berenti kat tmpat kita orng mintak IC , aduhh . macam2 . yg sorang tue fuhh banyak nye soalan dya , nak g mana lha , form bapa , ada lesen ke , g mcd buad ape . blaja pa , kelas apa . Aduyyy , sikit2 da lha . tapi disebabkan abg sorng lgy tue hemsem . tak jadi nak marah . HEHEH . 

so jadi lambat ar smpai mcd , sian pidon ng syafiq tunggu kitaorng lma . takpe dorang tgh curi  free wifi kat mcd so dorng xjadi nk marah . Sampai sana pon nak dekat kol 10.30 a.m masuk2 mcd , tak sempat duduk kuar balik , haha . tah apa2 kan ? then dok pening nak g mane lak . sebab plan da rosak nak curi LINE KAT MCD SUNGAI DUA , so , semua sepakat nak g BJ , g bj terus g FOODCOURT , ape lagy . makan lha . itu penting pada aku . Lepas makan , aku terus g MAXIS CENTER . Buad ape ? hehehe , diam2 je . aku g renewal no aku . gile happy bila dapat g renew no tue . lepas niey hp aku hidup balik lha . habis settle renew no . kitaorg g naek atas sekali . main boling . aku pndai main boling ka ? omg . entah lha . haha . boleh ja . tapi xpro lha .  kitaorg buad laki lwn pmpuan , so ape lgy . sebabka pemain pro dya ade , laki ar menang . tapi beza mata xbnyk manae pon . 

Pukol 1.30 tengahari , balik dan smpai  ,sambil tunggu masa untk g umah nadia lak , ade bufday party . sharp kol 2.30 g umah dya , haha . tahu tak nadia buad apam polkadot  sedap ow , walaupun dirinye xmcm pmpuan tapi pndai tau buad natang tue .HEHE . sorrry . lepas2 pada umah nadia ingat nye da balik lha , tengok2 ct lak ajak g umah dye ade bufday party gak . pikir2 jom je lha g , da ayah dye ajak . kang nanty xbest lak kan lau xg . so g lak umah ct dalam kol 4 ptg . then g makan2 semua . aku lak nak balik awal . so balik lha . pastue tgk umah xde sapa . adyuhhh dorng col nak g round QB lak , terpaksa buad keje bodoh patah balik g umah ct . HAHAH . penat dohh . nak g round qb pon da nak dekat kol 6 . pegi jugak , then aku entah nape time nak buad U , aku macam nak pitam , dan nak terjatuh moto tue , nasib xde org atau pun kete . lau tak da arwah kan . aku xtahu nape . maybe penat kot . ye ar dri pgy kot tak balik umah langusng ckup . hurm . serius takot tol tadi . g round2 tengok ramai budak2 hot lepak kat pantai qb tue , so da nak dekat mahgrib kitaorg pon balik . Gila lha kuar kali niey  macam2 benda berlaku . tapi xtipu aku memey happy ary niey . tengs k semua . 

p/s: aku da baek ngan kwan aku sorng tue , HAHA . sape? Ymtt .  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 24 Mac 2012

KEMALANGAN NGERI .


Hyee . HAHA . 
TOLONG BACA , karangan penting jawab paper  BM untuk SPM . 

Aku rasa korang pun tak sabar nak baca kan? Ok, tarik nafas panjang… 1 2 3.
Dah belum? Teruskan bacaan dengan slow dan steady ok… Layannn.
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

TAMAT

so , ini je yang aku mampu nak tolong korang dalam SPM nanty . ye , haha . harap2 karangan ini berguna lha . HAHAHAAHH . oK byee .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

http://i1227.photobucket.com/albums/ee434/Faqihah_Husni/bgchocolate2.jpg



 
Copyright © . All Right Reserved by FarahDiyana mr. AF